copyright ^___^

Thursday, April 21, 2011

I'm back!!!

Hye! I'm back! Baru dua hari tak blogging dah rindu. Dua hari nie tak de sebab ada hal yang tersangatlah penting *private k... tak leyh bagitau... Em, nak cerita nie. Aku dapat good news. Mama kata dalam sebulan dua nie mungkin aku akan dapat kamera yang aku idam-idamkan tuh. Nak tengok kameranya macam mana? Nanti aku upload gambarnye. Serious! Aku happy gilerr! Finally! Dah lama aku tunggu. Akhirnye aku dapat jugak. Let's take a look on the camera!


                                                        
  CANON VS NIKON!



                     


   YANG MANA LAGI BEST?


 Tengok gambar je pun aku dah excited! Inikan pulak kalau dapat kamera nie. Memang superb lah! Okay, sekarang nie aku nak cerita pasal apa yang aku lalui baru-baru nie. Aku tak faham betul la dengan sesetengah orang yang bajet "good2" nie. Kalau buka mulut, dia je yang nak menang. Tak leyh nak kalah. Annoying gilerr! Memang sakit hati tahap dewa laa. Dah la tu, taunye menyampuk biler orang cakap.
Bukan wajah sebenar...HUHU~

Tapi sekarang nie mungkin aku akan lebih matang dalam menghadapi kehidupan. Aku akan teruskan hidup aku nie walaupun tanpa Dia. Plus, Dia pun happy tanpa aku. So, just let it be lah. Masa aku pergi uruskan hal aku yang penting gilerr tuh aku lalu kat satu tempat nie. Tempatnye kat KL. Memang cantik sangat! Sesuai untuk buat sesi fotografi. Backgroundnye is tottaly mind blowing! Tenang, cantik and simple. Kalaula aku ada kamera masa tuh mesti aku sempat snap gambar kat situ. Takpe2. Sabar Fiza. Tak lama lagi dah nak dapat dah. Sabar yek. Sekarang nie beralih topik pada art pulak. Tadi aku sempat search kat internet dan aku jumpa beberapa art yang menarik perhatian aku. Nie lah antara gambar-gambarnye...
Little Girl
 Aku suka tengok gambar nie. Nice! Simple tapi nice. Nampak macam mudah tapi perlu kesenian untuk menciptanya. Aku suka elemen yang ditampilkan dalam art nie. Dengan hanya menggunakan teknik garisan sebagai asas permulaan, lukisan nie tampak menarik dan asli. Walaupun tanpa elemen warna di dalamnye, lukisan nie tetap kelihatan menarik. Pelukis nie bijak dalam bermain dengan tona warna. Penyusunan tona warnanye juga kelihatan bersesuaian. Hasilnye lukisan tidak kelihatan terlalu sarat. Keseimbangan lukisan juga dapat diperlihatkan melalui lukisan nie. Latar belakang yang menarik dan simple. Hanya memerlukan fokus yang lebih pada motif utama lukisan nie. Pelukis bijak kerana menjadikan budak perempuan sebagai motif utama. Jika pelukis menampilkan haiwan atau tumbuhan mungkin hasilnye akan kurang memuaskan dan kurang menarik.
B Boy Dancer
Dan untuk lukisan nie pulak, aku suka sebab texture colour dan teknik lukisan yang digunakan amat menarik. Pada aku, nak lukis orang lah yang paling susah sebab orang adalah sebaik-baik ciptaan. Tapi aku suka elemen yang ditampilkan. Warnanye, motifnye... semua la. NICE.
Okay, bye for now.

Love,
Fiza >,<
 

No comments: