copyright ^___^

Thursday, July 11, 2013

Marhaban Ya Ramadhan!

Marhaban Ya Ramadhan! Alhamdulillah. Aku masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Selama ni mungkin ramai yang alpa tentang kehadiran Ramadhan, bulan penuh barakah. Aku sendiri tidak memanfaatkan Ramadhan dengan sehabis baik. Alangkah ruginya aku. Dalam bulan yang barakah ni, aku ingin mengambil kesempatan sehabis baik untuk beramal ibadah, memperbaiki diri menjadi ummah yang lebih baik. Aku pasti, yang lain juga begitu. Setidak-tidaknya, ada titik perubahan dalam diri. Anjakan paradigma. Hari pertama puasa dah lepas, ada 29 hari lagi. Ramadhan kali ni datang bersama ketenangan buat aku. Seronok, teruja, sayu, gembira. Perasaan aku menghadapi Ramadhan. Kali ni, insha-Allah, aku akan berusaha untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini semaksima mungkin. Tarawih, tadarus, iftar, sahur dan bersedekah. Insha-Allah akan aku lakukan. Semoga Ramadhan kali ni menjadi Ramadhan yang sangat bermakna bagi seluruh umat Islam. Tak lupa juga buat saudara seIslam di Palestine, Syria, Gaza, Jordan dan serata dunia. Bertarung nyawa untuk mempertahankan Islam. Mampukah kita? Mampukah kita jadi seperti mereka? Tepuk dada, tanya iman.
Marhaban Ya Ramadhan:)
Jom check it out tazkirah Ramadhan yang pertama! Aku mengaku, tazkirah ni aku dapat daripada sumber lain. Copy paste. Tapi tak salahkan? Tak salahkan kalau nak sebarkan perkara atau perkongsian yang sangat baik? Aku tak dapat menulis sebaik mereka, jadi aku menyebarkan hasil penulisan mereka. Semoga kalian mendapat manfaat daripada hasil penulisan mereka. Baik, tajuk tazkirah kali ni:

AMALAN KESUKAAN NABI MUHAMMAD SAW DI BULAN RAMADHAN:)

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

-MEMBACA AL QURAN-

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

-MEMBERIKAN MAKANAN KEPADA ORANG BERPUASA-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

-QIAMULLAIL-

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

-SOLAT TARAWIH-

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

-MENGERJAKAN UMRAH-

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

-ZAKAT FITRAH-

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Rujukan :

http://www.islamituindah.my/amalan-kesukaan-nabi-muhammad-s-a-w-di-bulan-ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa! Jangan lupa niat!
Untuk Ramadhan kali ni, perbanyakkan ibadah:) Jaga mata, jaga hati, jaga iman. Insha-Allah:)

- B L O G   U P D A T E D -

Monday, July 8, 2013

The one and only NURHIDAYAH MOHD AZMAN

Nurhidayah Bt Mohd Azman. Siapa dia ni? Mak aku ke? Atau mungkin nenek aku? Tak, tak, tak. Nurhidayah ni merupakan salah seorang daripada senior aku. Okay, baik, setakat ni aku dah jelaskan yang 'beliau' ni senior aku. Jadi, apa yang menarik untuk diperkatakan tentang Nurhidayah Mohd Azman ni? Okay, nampak peliklah bila aku panggil nama penuh 'beliau'. Rasanya kawan -kawan sekelas 'beliau' tau yang 'beliau' ni ada nickname yang sangat banyak. Boleh senaraikan. Antaranya ialah:

1. Dayah (Sinonim dah)
2. Doyah
3. Doi
4. Dodoi
5. DodoiDoy (macam BoboiBoy)

Nampak tak betapa banyaknya nickname 'beliau'? Dalam banyak-banyak tu, tak satu pun aku guna untuk panggil 'beliau'. Kenapa? Eh, suka hati akulah -.-" Aku jugak tak ketinggalan untuk tambah lagi nickname 'beliau' menjadi Kak DIDI. Kenapa Kak Didi? -Kenapa nak tanya jugak? Tak perlulah rasanya aku jelaskan kenapa aku panggil 'beliau' Kak Didi. Terlalu panjanggg ceritanya. Aku sendiri tak sangka, aku akan panggil Kak Didi macam tu sampai sekarang. Well, she's okay with it. Baik, berbalik semula kepada cerita asal, kenapa aku buat entry tentang Kak Didi ni. Hari ni birthday dia? Taklah. Hari ni dia tunang ke?  Lol. Taklah. Aku buat entry ni ni sebab nak praktis menaip. Maklumlah, assignment kan dah nak memunculkan dirinya gitu. Semalam aku ada cakap kat Kak Didi yang aku nak buat satu entry tentang dia. Tak sangka pulak, hari ni aku terpanggil untuk buat entry tentang Kak Didi ni.


Kak Didi aku ni comel dan baik orangnya. Asal dari bumi Kenyalang tapi, masa mula-mula aku jumpa Kak Didi ni, aku ingat dia orang Johor. Lalala. Bila aku dapat tau Kak Didi ni orang Sarawak pun aku masih anggap Kak Didi ni orang Johor. Lol. Kak Didi taktau pun pasal benda ni. Rasanya aku tak pernah bagitau Kak Didi pasal first impression aku ni. Lol. Aku dengan Kak Didi boleh dikatakan rapat jugaklah tapi taklah selalu berkepit sepanjang masa. Apa yang aku boleh katakan, dia selalu ada bila aku perlukan dia. Cehhh, dah macam ayat orang bercinta pulak. Dulu, masa aku mula-mula jejak kaki kat IB ni, aku duduk satu aras dengan Kak Didi. Kiranya, Kak Didi ni floor-mate aku lah. Bilik aku dengan bilik Kak Didi selang satu bilik je. Dulu, kalau tak menempek kat bilik Kak Mimi (senior kesayangan aku jugak), muka aku ni selalu je melekat kat bilik Kak Didi. Tapi sebenarnya, dulu aku malu nak datang bilik Kak Didi ni. Yelah, Kak Didi ni mula-mula nampak pemalu, pendiam gitu. Jadi, aku macam bajet seganlah nak datang bilik Kak Didi. Bila dah kenal, jangan kata segan nak datang bilik, sampai aku kena halau dari bilik Kak Didi. Lol! *Kak Didi jangan tak ngaku ye :P


Kak Didi aku ni seorang pendengar yang baik. Selain daripada tu, Kak Didi aku ni jugak seorang yang sangat terbuka. Contohnya, kalau Kak Didi in relationship dengan sesiapa kan, dia relaks je share dengan aku. Takde nak sorok-sorok punya. Sporting lah Kak Didi aku ni. Dan yang menariknya lagi tentang Kak Didi ni, walaupun dia seorang yang bersikap terbuka, dia jugak pandai simpan rahsia. Mungkin sebab tu aku selesa berkongsi cerita dengan Kak Didi ni. Senang kata, Kak Didi aku ni awesome lah! Dan, dan, dan... walaupun sekarang aku dah jauh dari Kak Didi, aku dengan Kak Didi masih macam dulu. Mungkin berjumpa tu tak selalu tapi taklah jadi renggang ke apa. Masih okay macam dulu-dulu. Tadi aku cakap aku dah jauh dari Kak Didi, tu ayat propa je. Taklah jauh mana. Aku pindah aras dari G naik ke aras 2, tapi aku dengan Kak Didi masih dalam blok yang sama. Lol! Saja nak bangkitkan feeling kesedihan di situ -.-"


Oh ya! Aku hampir terlupa. Setakat ni, di IB ni, aku rasa hanya Kak Didi je yang ada magic spell ke atas aku. Kenapa? Contohnya, mula-mula aku tak nak pun join silat sebab aku takut terlalu sibuk, penat dan sebagainya. Tapi, Kak Didi punya pasal, at last Kak Didi berjaya jugak bawak aku join silat tu. Nampak tak permainan dia? Daya pujukan Kak Didi sangat berkesan ke atas aku. Aku syak Kak Didi ni mandrem aku lah. Lol! Taklah. Gurau je. Nak tau kenapa? Simple. Because, she never break my trust towards her. Kiranya, Kak Didi ni merupakan orang yang aku percaya lah. Tahniahlah Kak Didi, even cik room-mate, classmate dan segala mate yang ada kat IB ni masih belum dapat mempengaruhi aku macam mana Kak Didi dapat. Sekali baca, entry aku ni macam karangan pulak. Huraikan siapa itu Nurhidayah bt Mohd Azman dan berikan contoh. Soalan HOTS. Lol. Dan untuk Kak Didi, terima kasih atas sebab-sebab tertentu. Taknak lah mention kat sini. Malu je. Lalala. Apa yang aku boleh katakan, tak kira siapa pun lelaki yang bakal atau akan atau 'dah' memiliki Kak Didi, dialah lelaki yang paling bertuah sedunia. Fakta. Kak Didi ni dalam kelembutan ada ketegasan. Dalam ketegasan tu ada kelembutannya. Dan itulah Kak Didi saya (^^_)

Pinjam gambar eh Kak Didi^^
KAK DIDI SAYA OHSEMMM!
Dan saya sayang Kak Didi saya^^
Peace:)
Bye for now.

- B L O G   U P D A T E D -

Sunday, July 7, 2013

S.U.N.D.A.Y

Dari Encik Google
Salam ahad, bloggers. Nak cerita apa pulak dalam entry kali ni? Cerita tentang hari ahad. Aku pasti hari ahad setiap orang berbeza. Kebanyakannya mungkin sama, tapi pasti ada yang berbeza. Dan, untuk hari ahad aku, sudah pasti dipenuhi dengan kerja-kerja yang beratur memohon untuk diselesaikan. Secara logik, hari ahad kan hari berehat. Sepatutnya, 'no work at all' bak kata omputih gitu. Tapi, nak buat macam mana, macam yang selalu aku katakan 'life as a student' katanya. Huh.


Apa yang orang suka tentang hari ahad? Hari ahad boleh rehat-rehat kat rumah, tengok wayang, makan-makan, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan dan sebagainya. Bagi aku pulak, ahad yang menyeronokkan ialah ahad yang mendapat berita bahawa isnin cuti! Lol. Pernah tak bayangkan macam mana agaknya kalau seminggu ada 8 hari? Ada hari di antara hari sabtu dan ahad. Hari sabtu dan satu lagi hari tu diperuntukkan untuk siapkan semua kerja dan masa hari ahad tu boleh rehat sepenuhnya. Possible ke macam tu? Aku rasa tak boleh pakai kot sebab yelah, kita manusia ni kalau bagi seratus hari pun tetap je buat kerja 'last minute'. Ye dak? Well, kebanyakannya lah. Bukan semua.

Sumber dari encik Google
Perlu ke tak perlu? Terpulang pada diri masing-masing. Tapi bagi aku perlu kot. Dapatlah aku balik kampung lama sikit :) Haa, bercakap tentang balik kampung, teringat pulak aku. Kalau sekarang aku kat rumah, mesti aku tengah bersiap-siap nak balik IPG. Memandangkan aku ni ratu balik kampung, agak 'awkward' lah apabila aku menghabiskan waktu weekend aku kat KL ni. Selalunya, Jumaat bila habis kelas je aku terus 'ciao'. Apa yang ada untuk aku kat KL ni? Jadinya, lebih baik aku balik jumpa mak aku. Tengok muka mak, free-free dapat pahala beb. Sape nak bagi? Selagi ada peluang kutip pahala ni, kutiplah sebanyak mungkin. Macam aku ni, dapat peluang kutip pahala dari mak aku jelah. Bagi yang ada ibu dan ayah tu, manfaatkan lah ye.

Cc: Encik Google lagi
Yeah, it such a worst thing ever! Penat belum hilang lagi, esok dah kena siapkan diri untuk kerja lagi. Macam tulah hidup kan? Kalau tak, takde life lah kan? Baik, selamat berjumpa wahai encik Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat! Please be nice, dear days! Untuk semua...
p/s: short entry just for fun. get back to work!

- B L O G   U P D A T E D -

Saturday, July 6, 2013

i-FEST [ Festival Ekspresi Siswa Terulung ] IPGKBM

Festival Ekspresi Siswa Terulung (i-FEST) secara rasminya telah berjaya dilaksanakan oleh warga IPGKBM pada sabtu 6/7/2013. Tidak lupa juga kepada pihak luar yang turut memeriahkan i-FEST anjuran JPP IPGKBM. Bagi aku, i-FEST ni satu program yang boleh dikatakan 'awesome' sebab buat pertama kalinya festival besar-besaran diadakan di IPGKBM. Pujian harus diberikan kepada pihak JPP dan semua yang turut membantu dalam menjayakan i-FEST ini. Dah macam teks ucapan baca berita pulak entry ni kan? Okay, nak mula dari mana? Ramai yang tanya, untuk i-FEST ni aku jual apa? Yelah, memandangkan aku ni penjual topup wifi hotspot yang berjaya, jadinya mereka menjangkakan aku akan buka gerai masa i-FEST ni. Niat nak buka gerai tu memang ada. Barang pun ada, tapi peluang dan kesibukan menjadi kekangan untuk aku buka gerai masa i-FEST ni berlangsung. Nampaknya aku dah lepaskan satu peluang keemasan kan? Tak apalah, rezeki tu ada di mana-mana.


Kesibukan apa yang melanda aku pada saat i-FEST ni berlangsung? Meletakkan posisi sebagai AJK pendaftaran dan ditambah pula dengan AJK bagi Rumah Hantu sudah cukup membuat aku keletihan satu hari suntuk ni. Semalam, team Rumah Hantu berhempas pulas menyiapkan set Rumah Hantu sehingga jam 1.30 pagi. Pagi-pagi lagi aku dah kena bangun awal untuk bersiap menjaga pendaftaran. Selesai dengan pendaftaran sempatlah jugak aku jalan-jalan tengok gerai-gerai yang ada. Macam bazaar pun ada. Lepas tu, bersiap untuk Rumah Hantu. Memandangkan aku memegang watak sebagai salah satu daripada hantu-hantu yang ada dalam Rumah Hantu tu, jadinya aku disolek dengan 'make-up' yang sangat 'gorgeous' sehingga aku perlu dikuarantinkan agar tidak dilihat oleh orang lain. Terbataslah pergerakan aku untuk ke tempat lain. Aku tak dapat menikmati Paintball, Zorb-ball dan segala jenis ball yang ada kat padang nun jauh di bawah sana. Huh.


Aku bukan hadap sangat nak jadi hantu tu, tapi aku kesian dengan team Rumah Hantu yang ada tu. Kekurangan tenaga kerja. Tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk tolong mereka tu. *ayat propa sangat* Kau ingat best ke jadi hantu tu? Penat tau! Belum kira dengan kena pukul, kena tumbuk, tendang dan pelbagai aksi ekstrem yang dilakukan oleh pengujung-pengunjung Rumah Hantu tadi. Whoa, sakit-sakit badan aku beb. Ni lagi satu, kalau dah tau tak seram atau awak tu berani sangat, tak payahlah nak gedik masuk Rumah Hantu tu. Kami tak kesah. Duit tu duit anda, tapi setidak-tidaknya hargailah usaha kami yang berhempas pulas menyediakan semua tu untuk kamu. Ini, masuk rumah hantu, gelakkan hantu, cakap tak seramlah, mengacau hantu lah. Ingat kami tak penat ke? Penat tau melayan kamu semua. Kita buat program ni untuk saling beri sokongan, bukan macam tadi tu. Entah apa-apa entah. Jujur, aku bengang.


Yang sudah biarkan berlalu, tetapi kesannya pasti ada kemudian hari. Esok, lusa atau mungkin sehingga minggu depan, kehangatan i-FEST ni masih terasa. Yang tidak seronoknya, ada komentar-komentar yang kurang enak didengar. Bagi aku, tiada yang sempurna. Mana-mana program yang dirancang sesempurna mana pun, pasti ada cacat celanya. Jadinya, kita sesama kita perlu saling memperbaiki, buka saling mengutuk atau mengata atau apa sahaja yang sama erti dengannya. Sokongan guys! Cuba letakkan diri anda di tempat orang yang mengurus program-program yang diadakan di i-FEST ni. Fikir sejenak, wajar anda mencela? Kita semua dah dewasa, ada akal dan boleh fikir sendiri. Jadi, fikir-fikirkanlah ye?

- B L O G   U P D A T E D -

Friday, July 5, 2013

SALE! SALE! SALE!

Memandangkan IPG aku nak adakan i-FEST ( Festival Ekspresi Siswa Terulung) pada hari esok, aku nak promote sikit. Kalau tiada i-FEST pun, memang nak promote. Barang pertama ni untuk perempuan khasnya. Kalau lelaki nak pakai pun tak menjadi satu masalah. Rasanya mesti ramai yang dah dengar tentang mask SHISEIDO kan? Biasanya harga mask ni RM3, tetapi korang boleh dapatkan mask ni dengan harga yang murah. Sale, sale, sale. Shiseido Black Mask merupakan masker 'peel off' yang digunakan untuk menghilangkan blackhead & whitahead. Ia merupakan salah satu 'hot item selling' di dunia kosmetik di Jepun, Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapore & Malaysia. 



CARA PENGUNAAN:
*1 pack boleh dipakai 2 hingga 3 kali, jangan guna 1 pack sekali pakai, memadai hanya pakai sederhana    
   tebal sahaja.
*Bersihkan wajah terlebih dahulu.
*Sebaik baiknya 'steam'kan wajah dengan air panas selama sekurang-kurangnya 10 - 15 minit. Ini bertujuan untuk membesarkan pori-pori & memudahkan pembersihan jeragat.
*Biarkan wajah kering baru sapu mask.
*Tunggu selama 30 minit / hingga mask kering baru tarik mask perlahan-lahan.
*Anda akan dapat rasakan yang bintik bintik hitam tu ditarik keluar dari wajah anda!


Nak handphone S3, S4, Galaxy Note dan Note II dengan harga bawah RM1, 000? Meh tengok bawah ni.
SPECIFICATIONS : MODEL GT-l9500 S4 3G 
✔ GPU RENDERER - PowerVR SGX 531 
✔ CPU - Quad core 1.6 GHz Cortex-ARMv7 Processor (VFPv3,NEON) 
✔ GPU VENDOR - Imagination Technologies 
✔ ANDROID VERSION - 4.2.2 ( Jelly Bean ) 
✔ FREQUENCY CAMERA FRONT - 1.9MP 
✔ CAMERA BACK - 8.0MP 
✔ VIDEO SPECIFITION -1080P 
✔ SCREEN SAIZ - 5.0' INCH 1080 x 1920 Pixels 
✔ RAM - 1.6GB  
✔ MEMORY SUPPORT - 32GB 
✔ WIFI , BLUETOOTH, GPS, 3G HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100 
✔ BATTERY - Li-Ion 2600

FULL SET NEW 
✔ HANDPHONE 
✔ USB CABLE 
✔ CHARGER 
✔ EARPHONE 
✔ MANUAL 
✔ BATTERY 

FREE GIFT 
✔SCREEN PROTECTOR

Awesome guys! i-FEST IPGKBM 2013. Meh datang ramai-ramai^^

- B L O G   U P D A T E D -

Alhamdulillah, terima kasih TUHAN


Alhamdulillah. Ya, itu perkataan pertama yang keluar daripada mulut aku sebelum anggota yang lain mula bertindak. Kemudiannya disusuli dengar air mata kesyukuran atas nikmat kurnia yang diberikan oleh-Nya. Hadiah yang tidak ternilai harganya. Mungkin tidak sehebat mereka yang lain, tetapi bagi aku ini sudah memadai. Bohong jika aku katakan tiada perasaan cemburu melihat yang lain peroleh lebih daripada aku, tetapi bagi aku, itu rezeki mereka. Bagi aku, hasil yang aku peroleh ini bersesuaian dengan usaha aku pada semester lalu. Aku perlu gandakan usaha aku lagi. Mungkin bagi sesetengah orang, ini hanya keputusan peperiksaan. Sekadar syarat untuk meneruskan pengajian. Tetapi bagi aku, aku sangat menghargainya. Ini hasil kerja aku, penat lelah aku yang berhempas pulas untuk mendapatkannya. Jika orang lain tidak menghargainya, aku sangat menghargainya.


Bagi haters, mungkin ini kelihatan menjengkelkan di mata mereka. Terpulang. Itu pendapat mereka. Aku hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Ini hidup aku, jalan yang aku pilih dan aku yang melaluinya. Kamu tidak berada di tempat aku. Kamu tidak jalani apa yang telah aku jalani. Kamu tidak rasa apa yang aku rasa. Dan sebenarnya kamu tidak kenal siapa aku yang sebenar-benarnya. Jadi, berhenti menghukum kerana kamu tidak tahu apa-apa.


Keputusan ini. Sungguh, aku tidak menjangkakannya. Target aku, pointer aku tak boleh drop. Tetapi, aku dapat lebih daripada itu. Dan, segala dugaan dan cabaran yang aku lalui untuk aku mendapatkan keputusan seperti ini sememangnya amat berbaloi. Terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu dengan aku. Sekali baca sudah seperti ucapan di dalam majlis pula. Lupakan. Ini merupakan permulaan bagi aku. Baru menapak ke garisan permulaan di mana aku perlu terus berlari dan berlari demi mengejar sebuah kemenangan. Sungguh, apa yang aku lakukan ketika ini merupakan salah satu jihad yang juga merupakan usaha aku bagi mencapai impian dan cita-cita mak dan abah. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk mereka saat ini. Perjuangan yang perlu diteruskan sehingga suatu hari nanti aku tiba di garisan penamat. Aku punya banyak masa. 3 tahun lagi untuk terus berlari.


Dan apa yang aku perlukan dalam tempoh masa 3 tahun ini... doa dan restu daripada insan terindah yang aku panggil 'mak'. Doa mak bersama aku, dan insha-Allah aku akan terus berlari sehingga ke garisan penamat.

- B L O G   U P D A T E D -

- U P D A T E - J U L Y 2 0 1 3

Setelah sekian lamanya tak update blog yang boleh dikatakan agak usang dan bersarang ni, hari ni aku terpanggil untuk update blog kesayangan aku ni. Dunia kecil milik aku. Semakin lama berada di IPG ni, semakin sibuk dengan kerja. Biasalah, "life as student" katanya. Kesibukan yang melanda menghalang aku menulis di sini. Sibuk? Apa yang sibuk sangat? Mengalahkan JPP pulak. Bukan JPP sahaja yang sibuk ye. Kenapa student lain santai dan tenang je hadapi hidup di sini? Kenapa tidak aku? Kerana aku yang sengaja menutup ruang kosong dalam hidup aku di sini. Sengaja menyibukkan diri dengan pelbagai kerja. Tujuan? Nak tunjuk pandai atau nak berlagak kat semua orang yang aku ni pandai sangat buat kerja? Tak, itu pandangan haters kot. Mestilah sebab nak timba pengalaman. Aku sedang belajar, mencari ilmu, jadinya sebanyak mungkin aku akan cari ilmu tu. Bukan ilmu akademik saja, ilmu lain juga penting. Sebab kedua menyibukkan diri, sebab aku tak nak dok tidur je dalam bilik, lepas tu dok melayan perasaan dan sebagainya. Membazir masa. Aku masih menganggap diri aku ni taklah sesibuk mana pun kerana aku punya banyak masa lagi untuk lakukan hal lain. Contohnya, sekarang aku masih sempat ber-blog-ing. Sempat atau tidak sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Kita yang perlu bijak mengurus masa.

Dulu, masa mula-mula masuk IPG ni aku rasa hidup aku terlalu padat. Kelas sampai petang, kerja berlambak, assignment lagi. Macam-macam lah. Tapi aku tak sedar, waktu PP dulu lah aku banyak membazir masa. Dulu masa zaman PP aku rajin 'outing', ikut kakak-kakak senior. Lepas tu, sempat pulak duduk bergossip kat bilik orang dan sebagainya. Huh, buang masa! Sekarang ni hidup aku di sini seakan-akan berputar 360 darjah. Mana taknya, sekarang ni aku tak kenal Mid Valley dah, Amcorp Mall, KLCC dan sebagainya. Lol. Maksudnya, aku dah jarang sangat 'outing' sekarang ni. Bermula semester 1 ijazah, boleh dikira berapa kali aku pergi Mid Valley tu. Ada lah dalam 4 kali kot. Itu pun temankan Kak Balqis. Sem ni pulak, belum jejak langsung. MJ jangan cakaplah. Mungkin aku boleh sesat gara-gara dah tak ingat jalan.

Alhamdulillah, setakat ni masih mampu lagi memikul segala tanggungjawab yang perlu aku galas. Masih mampu menghadap kerja-kerja yang agak bertimbun. Apa yang aku dapat katakan, hidup aku kini lebih mudah. Hidup aku ringkas dan tiada apa yang menarik. Sedar tak sedar, aku dah masuk semester kedua ijazah. Rasanya apa yang aku lalui dah cukup untuk mematangkan aku. Barangkali. Kalau dahulu aku merungut, mengeluh dengan dugaan yang datang, kini aku rasanya aku patut berterima kasih dengan segala dugaan dan cabaran yang melanda aku dahulu. Zaman PPISMP yang aku lalui dengan pelbagai cerita sudah pun berakhir. Buku lama sudah ditutup dan kini buku baharu pula dibuka. Buku baharu, cerita pun baharu. Hidup orang konsisten, hidup aku berubah dan bertindak balas. Kedengaran sains sangat. Kalau dahulu susah untuk aku terima, kini aku terima dengan hati terbuka. Insha-Allah, seberat mana pun dugaan, aku akan terus berdiri.

Imbas kembali apa yang aku jalani sepanjang 6 bulan pertama dalam tahun 2013. Bulan pertama tiada yang menarik berlaku. Hidup aku normal seperti biasa. Bulan kedua rasanya aku sibuk dengan KOT memandangkan aku merupakan setiausaha bagi rumah sukan. Bulan ketiga dan keempat masih normal. Oh, bulan keempat tahun ni aku dapat pengalaman baharu yang 'awesome'. PBS. Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sebelum aku menjalani PBS ni, aku dengar macam-macam pandangan daripada senior. Ada yang kata seronok, ada yang kata sebaliknya. Bagi aku, PBS aku menyeronokkan kerana aku dapat belajar banyak perkara baharu. Ber-PBS di sekolah lama membuat aku bertambah teruja. Bagi aku, keseronokan menjalani PBS bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita pandai memanfaatkan PBS tu, bermanfaatlah hasilnya.

Bulan kelima, bulan peperangan aku. Mungkin di sini titik perubahan segala-galanya. Berperang dengan perasaan, berperang dengan situasi, berperang dengan dugaan dan sebagainya. Dan, peperangan terbesar yang aku lalui ialah PEPERIKSAAN. Huh, aku boleh katakan bahawa peperiksaan kali ni bukan biasa-biasa punya! Buat pertama kalinya, HOTS @ KEBAT diperkenalkan dalam sistem peperiksaan. Dan sekali lagi, batch kami sebagai 'tikus makmal'nya. Mencabar jugaklah sampai bengkak jari menulis. Dengan adanya HOTS ni jugak membuatkan aku bertambah risau dengan keputusan peperiksaan aku. HOTS ni boleh dikatakan salah satu dugaan yang membawa perubahan pada diri aku. Mana tidaknya, sejak HOTS diperkenalkan aku berubah daripada pelajar yang malas belajar jadi rajin sikit. Sikit jelah. Tak banyak mana pun. HOTS jadikan aku akrab dengan buku dan perpustakaan di mana dahulunya dua 'benda' tu jauh beribu batu daripada aku. Ironi kan? Nampaknya, untuk semester ni aku perlu gandakan lagi usaha aku untuk mencapai matlamat yang aku tetapkan.

Bulan keenam, masanya untuk aku berbulan madu. Cuti hujung semester yang tak berapa nak lama. 3 minggu. Okaylah tu daripada tak dapat langsung. Dan sekarang sudah beralih ke bulan ketujuh. Kali ini aku benar-benar dapat rasakan bahawa hidup aku, diri aku, cara aku sudah tak seperti dahulu lagi. Aku dah jadi 'orang lain' sekarang. Terima kasih kepada 'MEREKA' yang mengubah aku menjadi seperti sekarang ni. Bulan baharu, kerja baharu. Banyak yang perlu diurus. Alhamdulillah, aku selesa dengan hidup aku sekarang ni. Rasanya cukup kot 'update' untuk kali ni. Terlalu banyak yang sudah aku ceritakan. Harap-harap aku dapat meluangkan masa lain kali untuk ber-blog-ing.

- B L O G - U P D A T E D -