copyright ^___^

Friday, April 22, 2011

~Ce cite... Ce cite...~

Hot Now!

Ha... nie nak cite sikit nie. Sekarang kat ASTRO RIA kan tengah hot cerita KEJORA & BINTANG kan? Aku pun tak terlepas daripada meminati cerita tuh. Walaupun ceritanye agak menyakitkan hati tapi nasib baik ade si handsome iaitu BAIM WONG. Aku minat gilerr kat dia nie. Bukan hanya kerana dia handsome, tapi attitude dan personaliti dia sangat menarik. Cara dia berjalan, bercakap dan menghayati watak. Lebih2 lagi kalau dia bawak watak lelaki yang romantik! Peh! Memang terpaku lah aku kat depan tv tuh. HAHA~ Aku suka tengok dia dalam cerita KEJORA & BINTANG nie. At first, watak dia memang menyakitkan hati. Tapi bila dia dah jatuh cinta kat Kejora, dia nampak sweet sangat! Aku suka cara dia bawak watak Erlangga tuh. Romantiknye dia nie.
Rambut panjang ke... pendek ke... tetap ncem!
Aku pasti ramai perempuan yang memang minat gilerr kat dia nie. Ye la, sape yang tak suke dengan mamat handsome kan? Memang cair lah tengok dia nih! Tapi bagi aku, artis lelaki indonesia yang paling aku minat dia nie laa. BAIM WONG. Cerita Kejora & Bintang nie bermula apabila Kejora balik dari Melbourne untuk celebrate birthday papanye iaitu Ryan Himawan. Tapi dalam mase yang sama papa dia menghadapi masalah kewangan dan dia tak nak keluarganye tau. Dia amek keputusan untuk "mati" agar hutang2nye bole dilangsaikan. Tapi dia tak tau akibatnye telah menyusahkan Kejora & Bintang. Selepas kematian papanye, Kejora & Bintang telah dihalau keluar oleh mama and kakak tirinye iaitu Hanifah dan Janet dari rumahnye sendiri. Kejora sering dibantu oleh Fitra yang menyukai Kejora. Kejora menumpang di rumah temannye Lena yang menyukai Fitra. Suatu hari, Kejora terjumpa seorang nenek tua yang menjual nasi uduk dan ternyata nenek itu ialah Nenek Gautama yang merupakan nenek Erlangga. Melalui Nenek Gautama, Kejora semakin mengenali Erlangga dengan lebih dekat. Walaupun sikap Erlangga dingin terhadap Kejora, dia tau bahawa Erlangga seorang lelaki yang baik. Lama-kelamaan Erlangga tertawan oleh sikap manis Kejora yang tulus & ikhlas. Tapi dalam masa yang sama Fitra cuba masok line. Erlangga dan Fitra sama2 bersaing untuk menawan hati Kejora dan ternyata hati Kejora telah terpaut pada Erlangga. Awalnye Erlangga takot untuk luahkan perasaan pada Kejora sebab takot ditolak kerana dia tau Fitra mencintai Kejora. Tapi Fitra mengundur diri kerana Kejora benar2 jatuh cinta pada Erlangga. So, sekarang Kejora & Erlangga masih bersama. Aku dah tengok ending cerita nie, tapi aku tak nak cerita. So korang tengok sendiri k? * Sorry... dalam sinopsis nie aku banyak cerita scene cinta je, sebab tu scene yang paling aku suke. HEHE~ Jangan mara aa... ^,<
Jom berkenalan dengan pelakon2 Sinetron Kejora & Bintang!

Alyssa Soebandono as Kejora
Kejora nie watak utamanye. Kire heroin la nie. Kejora nie seorang gadis yang baik, cantik, dan sangat sayangkan keluarganya. Sejak kematian mamanye, dia berasa bahawa dia bertanggungjawab untuk menjaga Bintang ; adiknye. Kejora juga sangat mencintai Erlangga. Kejora nie selalu kena buli dengan mama and kakak tirinye ; Hanifah dan Janet.

Rachael Amanda as Bintang
Nie pulak Bintang. Mase awal cerita nie, dia seorang gadis yang depresi kerana trauma akibat kematian mamanye. Bintang nie terer main piano, dan dia selalu main lagu rindu setengah mati. *lagu kat blog aku lagi satu : www.therealfizapart2.blogspot.com. Bintang terpisah dengan Kejora dan telah dijaga oleh Anantha. Bintang pulih setelah dirawat oleh Anantha.

Baim Wong as Erlangga
Pada awal cerita, Erlangga nie seorang lelaki yang sombong dan ego. Senang kata memang berlagak lah! Perangai dia mula2 annoying sebab dia salah faham terhadap Kejora. Tapi setelah dia mengenali Kejora dengan lebih dekat, dia mula jatuh hati dengan Kejora. Satu ayat Erlangga yang paling aku suka bila Kejora tak nak terima harta nenek Gautama, then Erlangga cakap "Kejora...Demi ALLAH aku ikhlas kalau kamu terima warisan nenek kerna bila kita menikah nanti, harta kita akan menjadi hak kita bersama...Jangankan separuh, seluruh harta aku, bahkan nyawa aku pun aku sanggup serah ke kamu..." Peh! Memang tangkap leleh aa! Terharu seyy kalau lelaki yang kita cinta cakap macam tuh!

Lucky Perdana as Fitra
Next is Fitra atau lebih dikenali sebagai "trak". HAHA~ Fitra nie lelaki yang sangat baik. Dia selalu bantu Kejora kalau Kejora ada masalah. Fitra nie cintakan Kejora, tapi malangnye Kejora mencintai Erlangga. Ape yang sweet pasal Fitra nie, dia sanggup berkorban ape je untuk Kejora walaupun Kejora mencintai Erlangga. Dia tetap ade di sisi Kejora ketika Kejora kesusahan dan sedia menghulurkan bantuan sekiranye Kejora memerlukan. Dia memang dah banyak berkorban untuk Kejora.

Eva Aninditha as Janet
Janet nie merupakan watak antagonis dalam cerita nie. Peh! Kalau dia jadi jahat memang jahat gilerr! Watak dia memang sangat berkesan. Janet nie kakak tiri Kejora. Dia sukakan Erlangga,tapi ade sebab tersembunyi. Sebabnye dia nak kan harta warisan nenek Gautama. Senang kata dia nie Gila Harta. Dia selalu seksa Kejora dan Bintang. Memang jahat gilerr! Rase macam nak cekik2 dia nie. HAHA~

Cut Keke as Hanifah
Nie pulak mama Hanifah. Real name dia Cut Keke, dia nie sama jahat dengan anak dia ; Janet. Tapi dia nie bodoh sikit. Dia nie pun selalu seksa Kejora dan Bintang. Hanifah nie spesies Gila Harta jugak. Dia kahwin dengan papa Kejora pun sebab nak kan harta papa Kejora. Jahat betul dua beranak nie!

Ryan Himawan @ Pak Wawan
Dia nie Mathiuas Muchus. Dia nie la papa Kejora dan Bintang merangkap suami Hanifah. Kenapa dia ade dua name? Sebab selepas dia "mati" dia menyamar menjadi Pak Wawan. Dan ironinye dia bekerja di tempat Fitra dan pernah membantu Erlangga. Misi dia adalah untuk berjumpa dengan kedua-dua puterinye KEJORA&BINTANG.

Nenek Gautama
Nie Mieke Wijaya as Nenek Gautama merangkap nenek Erlangga. Dia nie kaya gilerr. Dia bukak syarikat Tradisi Food dan dia nak Erlangga yang mengambil alih tempatnye nanti. Tapi dia rase Erlangga tak cukup matang. At last dia bagi harta dia pada Erlangga dan Kejora. Baik nenek nie...HUHU~

Lia Kartika
Name sebena dia memang Lia Kartika. Dalam cerita nie dia jadi mama Erlangga. Dia tanpa sengaja telah melanggar mama Kejora & Bintang mase diorang kecik. Then dia larikan diri dan tinggalkan Erlangga. Bila dia balik, dia cari Erlangga dan dia takot sebab dia tau perempuan yang Erlangga cintai tu anak kepada wanita yang dia langgar sampai mati. HUH~tragis!

Anantha
Next is Anantha. Dia nie anak makcik Kartika. Dia nie baik. Dia banyak tolong Bintang, dan dia jugak yang bantu mamanye bersatu semula dengan Erlangga. Walaupun Makcik Kartika tu mama tiri dia, tapi dia dah anggap macam mama dia sendiri.

Lena
Yang nie pulak Lena, kawan baik Kejora. Tapi dia nie suka kat Fitra, dan sayangnye Fitra tak dapat lihat kehadiran dia. Kadang2 kesian jugak tengok dia nie. Tapi dia nie baik, sweet.

Ana C Pinem as Minah
Last but not least, Minah. Watak yang paling mak aku suka. HEHE~ Dia nie kelakar, tapi jahat! Dia nie bersekongkol dengan Hanifah and Janet. Awalnye dia nie kerja dengan Anantha, tapi sebab dia seksa Bintang dia kena buang kerja. Dialog dia yang paling best : " Buk! Minah punya ide buk!" HAHA~

Nie lah antara watak2 yang confirm muncul dalam cerita nie. Nak tengok scene2 yang best? Tengok bawah nie...
KEJORA & BINTANG
 Mase nie Bintang masih depresi. Mase nie diorang baru kena halau keluar oleh Hanifah dan Janet dari rumah diorang sendiri. Kesian~


Kejora & Fitra
Mase nie Fitra tengah bantu Kejora untuk mencari Bintang. Yang Kejora pegang kat tangan dia tuh brosure untuk cari Bintang.

SWEET!!!
Mase nie sweet sangat! Erlangga nak jatuh then ter'kiss' Kejora. HEHE~ The best part is scene nie berlaku depan mata Janet! HAHAHA~ Suka gilerr aku tengok scene nie. Terbayang-bayang muka si Janet yang kebengangan tuh.

Nie lagi sweet!
Mase nie memang sweet sangat. Mase nie nenek Gautama masok hospital sebab sakit jantung. Erlangga sedih sebab takot terjadi sesuatu pada nenek dia, then Kejora di sisi dia untuk tenangkan dia. So sweet! Love it!

HAPPY ENDING!
So sweet... Akhirnye bersatu jugak...

Love,
Fiza >,<

No comments: