copyright ^___^

Friday, July 5, 2013

- U P D A T E - J U L Y 2 0 1 3

Setelah sekian lamanya tak update blog yang boleh dikatakan agak usang dan bersarang ni, hari ni aku terpanggil untuk update blog kesayangan aku ni. Dunia kecil milik aku. Semakin lama berada di IPG ni, semakin sibuk dengan kerja. Biasalah, "life as student" katanya. Kesibukan yang melanda menghalang aku menulis di sini. Sibuk? Apa yang sibuk sangat? Mengalahkan JPP pulak. Bukan JPP sahaja yang sibuk ye. Kenapa student lain santai dan tenang je hadapi hidup di sini? Kenapa tidak aku? Kerana aku yang sengaja menutup ruang kosong dalam hidup aku di sini. Sengaja menyibukkan diri dengan pelbagai kerja. Tujuan? Nak tunjuk pandai atau nak berlagak kat semua orang yang aku ni pandai sangat buat kerja? Tak, itu pandangan haters kot. Mestilah sebab nak timba pengalaman. Aku sedang belajar, mencari ilmu, jadinya sebanyak mungkin aku akan cari ilmu tu. Bukan ilmu akademik saja, ilmu lain juga penting. Sebab kedua menyibukkan diri, sebab aku tak nak dok tidur je dalam bilik, lepas tu dok melayan perasaan dan sebagainya. Membazir masa. Aku masih menganggap diri aku ni taklah sesibuk mana pun kerana aku punya banyak masa lagi untuk lakukan hal lain. Contohnya, sekarang aku masih sempat ber-blog-ing. Sempat atau tidak sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Kita yang perlu bijak mengurus masa.

Dulu, masa mula-mula masuk IPG ni aku rasa hidup aku terlalu padat. Kelas sampai petang, kerja berlambak, assignment lagi. Macam-macam lah. Tapi aku tak sedar, waktu PP dulu lah aku banyak membazir masa. Dulu masa zaman PP aku rajin 'outing', ikut kakak-kakak senior. Lepas tu, sempat pulak duduk bergossip kat bilik orang dan sebagainya. Huh, buang masa! Sekarang ni hidup aku di sini seakan-akan berputar 360 darjah. Mana taknya, sekarang ni aku tak kenal Mid Valley dah, Amcorp Mall, KLCC dan sebagainya. Lol. Maksudnya, aku dah jarang sangat 'outing' sekarang ni. Bermula semester 1 ijazah, boleh dikira berapa kali aku pergi Mid Valley tu. Ada lah dalam 4 kali kot. Itu pun temankan Kak Balqis. Sem ni pulak, belum jejak langsung. MJ jangan cakaplah. Mungkin aku boleh sesat gara-gara dah tak ingat jalan.

Alhamdulillah, setakat ni masih mampu lagi memikul segala tanggungjawab yang perlu aku galas. Masih mampu menghadap kerja-kerja yang agak bertimbun. Apa yang aku dapat katakan, hidup aku kini lebih mudah. Hidup aku ringkas dan tiada apa yang menarik. Sedar tak sedar, aku dah masuk semester kedua ijazah. Rasanya apa yang aku lalui dah cukup untuk mematangkan aku. Barangkali. Kalau dahulu aku merungut, mengeluh dengan dugaan yang datang, kini aku rasanya aku patut berterima kasih dengan segala dugaan dan cabaran yang melanda aku dahulu. Zaman PPISMP yang aku lalui dengan pelbagai cerita sudah pun berakhir. Buku lama sudah ditutup dan kini buku baharu pula dibuka. Buku baharu, cerita pun baharu. Hidup orang konsisten, hidup aku berubah dan bertindak balas. Kedengaran sains sangat. Kalau dahulu susah untuk aku terima, kini aku terima dengan hati terbuka. Insha-Allah, seberat mana pun dugaan, aku akan terus berdiri.

Imbas kembali apa yang aku jalani sepanjang 6 bulan pertama dalam tahun 2013. Bulan pertama tiada yang menarik berlaku. Hidup aku normal seperti biasa. Bulan kedua rasanya aku sibuk dengan KOT memandangkan aku merupakan setiausaha bagi rumah sukan. Bulan ketiga dan keempat masih normal. Oh, bulan keempat tahun ni aku dapat pengalaman baharu yang 'awesome'. PBS. Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sebelum aku menjalani PBS ni, aku dengar macam-macam pandangan daripada senior. Ada yang kata seronok, ada yang kata sebaliknya. Bagi aku, PBS aku menyeronokkan kerana aku dapat belajar banyak perkara baharu. Ber-PBS di sekolah lama membuat aku bertambah teruja. Bagi aku, keseronokan menjalani PBS bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita pandai memanfaatkan PBS tu, bermanfaatlah hasilnya.

Bulan kelima, bulan peperangan aku. Mungkin di sini titik perubahan segala-galanya. Berperang dengan perasaan, berperang dengan situasi, berperang dengan dugaan dan sebagainya. Dan, peperangan terbesar yang aku lalui ialah PEPERIKSAAN. Huh, aku boleh katakan bahawa peperiksaan kali ni bukan biasa-biasa punya! Buat pertama kalinya, HOTS @ KEBAT diperkenalkan dalam sistem peperiksaan. Dan sekali lagi, batch kami sebagai 'tikus makmal'nya. Mencabar jugaklah sampai bengkak jari menulis. Dengan adanya HOTS ni jugak membuatkan aku bertambah risau dengan keputusan peperiksaan aku. HOTS ni boleh dikatakan salah satu dugaan yang membawa perubahan pada diri aku. Mana tidaknya, sejak HOTS diperkenalkan aku berubah daripada pelajar yang malas belajar jadi rajin sikit. Sikit jelah. Tak banyak mana pun. HOTS jadikan aku akrab dengan buku dan perpustakaan di mana dahulunya dua 'benda' tu jauh beribu batu daripada aku. Ironi kan? Nampaknya, untuk semester ni aku perlu gandakan lagi usaha aku untuk mencapai matlamat yang aku tetapkan.

Bulan keenam, masanya untuk aku berbulan madu. Cuti hujung semester yang tak berapa nak lama. 3 minggu. Okaylah tu daripada tak dapat langsung. Dan sekarang sudah beralih ke bulan ketujuh. Kali ini aku benar-benar dapat rasakan bahawa hidup aku, diri aku, cara aku sudah tak seperti dahulu lagi. Aku dah jadi 'orang lain' sekarang. Terima kasih kepada 'MEREKA' yang mengubah aku menjadi seperti sekarang ni. Bulan baharu, kerja baharu. Banyak yang perlu diurus. Alhamdulillah, aku selesa dengan hidup aku sekarang ni. Rasanya cukup kot 'update' untuk kali ni. Terlalu banyak yang sudah aku ceritakan. Harap-harap aku dapat meluangkan masa lain kali untuk ber-blog-ing.

- B L O G - U P D A T E D -

No comments: