copyright ^___^

Friday, July 5, 2013

Alhamdulillah, terima kasih TUHAN


Alhamdulillah. Ya, itu perkataan pertama yang keluar daripada mulut aku sebelum anggota yang lain mula bertindak. Kemudiannya disusuli dengar air mata kesyukuran atas nikmat kurnia yang diberikan oleh-Nya. Hadiah yang tidak ternilai harganya. Mungkin tidak sehebat mereka yang lain, tetapi bagi aku ini sudah memadai. Bohong jika aku katakan tiada perasaan cemburu melihat yang lain peroleh lebih daripada aku, tetapi bagi aku, itu rezeki mereka. Bagi aku, hasil yang aku peroleh ini bersesuaian dengan usaha aku pada semester lalu. Aku perlu gandakan usaha aku lagi. Mungkin bagi sesetengah orang, ini hanya keputusan peperiksaan. Sekadar syarat untuk meneruskan pengajian. Tetapi bagi aku, aku sangat menghargainya. Ini hasil kerja aku, penat lelah aku yang berhempas pulas untuk mendapatkannya. Jika orang lain tidak menghargainya, aku sangat menghargainya.


Bagi haters, mungkin ini kelihatan menjengkelkan di mata mereka. Terpulang. Itu pendapat mereka. Aku hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Ini hidup aku, jalan yang aku pilih dan aku yang melaluinya. Kamu tidak berada di tempat aku. Kamu tidak jalani apa yang telah aku jalani. Kamu tidak rasa apa yang aku rasa. Dan sebenarnya kamu tidak kenal siapa aku yang sebenar-benarnya. Jadi, berhenti menghukum kerana kamu tidak tahu apa-apa.


Keputusan ini. Sungguh, aku tidak menjangkakannya. Target aku, pointer aku tak boleh drop. Tetapi, aku dapat lebih daripada itu. Dan, segala dugaan dan cabaran yang aku lalui untuk aku mendapatkan keputusan seperti ini sememangnya amat berbaloi. Terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu dengan aku. Sekali baca sudah seperti ucapan di dalam majlis pula. Lupakan. Ini merupakan permulaan bagi aku. Baru menapak ke garisan permulaan di mana aku perlu terus berlari dan berlari demi mengejar sebuah kemenangan. Sungguh, apa yang aku lakukan ketika ini merupakan salah satu jihad yang juga merupakan usaha aku bagi mencapai impian dan cita-cita mak dan abah. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk mereka saat ini. Perjuangan yang perlu diteruskan sehingga suatu hari nanti aku tiba di garisan penamat. Aku punya banyak masa. 3 tahun lagi untuk terus berlari.


Dan apa yang aku perlukan dalam tempoh masa 3 tahun ini... doa dan restu daripada insan terindah yang aku panggil 'mak'. Doa mak bersama aku, dan insha-Allah aku akan terus berlari sehingga ke garisan penamat.

- B L O G   U P D A T E D -

No comments: