copyright ^___^

Saturday, July 6, 2013

i-FEST [ Festival Ekspresi Siswa Terulung ] IPGKBM

Festival Ekspresi Siswa Terulung (i-FEST) secara rasminya telah berjaya dilaksanakan oleh warga IPGKBM pada sabtu 6/7/2013. Tidak lupa juga kepada pihak luar yang turut memeriahkan i-FEST anjuran JPP IPGKBM. Bagi aku, i-FEST ni satu program yang boleh dikatakan 'awesome' sebab buat pertama kalinya festival besar-besaran diadakan di IPGKBM. Pujian harus diberikan kepada pihak JPP dan semua yang turut membantu dalam menjayakan i-FEST ini. Dah macam teks ucapan baca berita pulak entry ni kan? Okay, nak mula dari mana? Ramai yang tanya, untuk i-FEST ni aku jual apa? Yelah, memandangkan aku ni penjual topup wifi hotspot yang berjaya, jadinya mereka menjangkakan aku akan buka gerai masa i-FEST ni. Niat nak buka gerai tu memang ada. Barang pun ada, tapi peluang dan kesibukan menjadi kekangan untuk aku buka gerai masa i-FEST ni berlangsung. Nampaknya aku dah lepaskan satu peluang keemasan kan? Tak apalah, rezeki tu ada di mana-mana.


Kesibukan apa yang melanda aku pada saat i-FEST ni berlangsung? Meletakkan posisi sebagai AJK pendaftaran dan ditambah pula dengan AJK bagi Rumah Hantu sudah cukup membuat aku keletihan satu hari suntuk ni. Semalam, team Rumah Hantu berhempas pulas menyiapkan set Rumah Hantu sehingga jam 1.30 pagi. Pagi-pagi lagi aku dah kena bangun awal untuk bersiap menjaga pendaftaran. Selesai dengan pendaftaran sempatlah jugak aku jalan-jalan tengok gerai-gerai yang ada. Macam bazaar pun ada. Lepas tu, bersiap untuk Rumah Hantu. Memandangkan aku memegang watak sebagai salah satu daripada hantu-hantu yang ada dalam Rumah Hantu tu, jadinya aku disolek dengan 'make-up' yang sangat 'gorgeous' sehingga aku perlu dikuarantinkan agar tidak dilihat oleh orang lain. Terbataslah pergerakan aku untuk ke tempat lain. Aku tak dapat menikmati Paintball, Zorb-ball dan segala jenis ball yang ada kat padang nun jauh di bawah sana. Huh.


Aku bukan hadap sangat nak jadi hantu tu, tapi aku kesian dengan team Rumah Hantu yang ada tu. Kekurangan tenaga kerja. Tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk tolong mereka tu. *ayat propa sangat* Kau ingat best ke jadi hantu tu? Penat tau! Belum kira dengan kena pukul, kena tumbuk, tendang dan pelbagai aksi ekstrem yang dilakukan oleh pengujung-pengunjung Rumah Hantu tadi. Whoa, sakit-sakit badan aku beb. Ni lagi satu, kalau dah tau tak seram atau awak tu berani sangat, tak payahlah nak gedik masuk Rumah Hantu tu. Kami tak kesah. Duit tu duit anda, tapi setidak-tidaknya hargailah usaha kami yang berhempas pulas menyediakan semua tu untuk kamu. Ini, masuk rumah hantu, gelakkan hantu, cakap tak seramlah, mengacau hantu lah. Ingat kami tak penat ke? Penat tau melayan kamu semua. Kita buat program ni untuk saling beri sokongan, bukan macam tadi tu. Entah apa-apa entah. Jujur, aku bengang.


Yang sudah biarkan berlalu, tetapi kesannya pasti ada kemudian hari. Esok, lusa atau mungkin sehingga minggu depan, kehangatan i-FEST ni masih terasa. Yang tidak seronoknya, ada komentar-komentar yang kurang enak didengar. Bagi aku, tiada yang sempurna. Mana-mana program yang dirancang sesempurna mana pun, pasti ada cacat celanya. Jadinya, kita sesama kita perlu saling memperbaiki, buka saling mengutuk atau mengata atau apa sahaja yang sama erti dengannya. Sokongan guys! Cuba letakkan diri anda di tempat orang yang mengurus program-program yang diadakan di i-FEST ni. Fikir sejenak, wajar anda mencela? Kita semua dah dewasa, ada akal dan boleh fikir sendiri. Jadi, fikir-fikirkanlah ye?

- B L O G   U P D A T E D -

No comments: