copyright ^___^

Friday, December 9, 2011

Hidup Oh Hidup :)


Assalamualaikum and hi bloggers ! Pejam celik , pejam celik , dah nak masuk 2012. Terasa masa berlalu begitu pantas :) Tapi, saya gembira dengan hidup saya sekarang. Macam macam boleh berlaku sepanjang tahun 2011 dalam hidup saya. Walaupun saya terpaksa mengorbankan sesuatu demi suatu kejayaan saya tak pernah menyesal, malah saya bersyukur kerana ia berbaloi (: Alhamdulillah, saya tersedar daripada angan yang hampir menjatuhkan saya buat selama-lamanya. Saya sangat bersyukur. Saya anggap apa yang berlaku antara saya dan dia dahulu adalah satu kesilapan yang paling besar dan paling saya sesali seumur hidup saya. Tetapi saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya (: Sesungguhnya Allah itu maha adil. Permulaan tahun 2011 saya bermula dengan perubahan yang berlaku secara perlahan - lahan. Sedikit demi sedikit saya cuba menyingkirkan dia daripada hidup saya, daripada hati saya. Awalnya saya tak berjaya. Saya merana kerana dia kerap mengejar saya. Saat itu saya rasa, sayalah orang yang paling lemah. Saya hampir terjatuh sekali lagi, tapi saya masih gagah untuk berdiri semula. Di saat saya harus berpisah dengan si dia, saya lemah. Saya menangis, saya sedih, saya rasa kekuatan saya hilang. Mungkin di saat itu saya masih belum dapat menerima kenyataan yang saya anggap pedih dalam hidup saya. Saya keliru, saya bingung. Rayuan dia hampir meluluhkan kembali hati saya untuk kembali menerima si dia dalam hidup saya. Tetapi saya dalam dilema. Saya masih trauma dengan kebodohan yang si dia lakukan pada saya dahulu. Luka di hati saya masih berdarah waktu itu. Saya masih terluka. Macam macam suara yang bergema di dalam kepala saya. " Kenapa perlu terima dia semula, sedangkan dia menyakiti aku dengan sengajanya! " tetapi ada suara yang seolah-olah membantah. " Tapi... setiap manusia tak lari daripada melakukan kesalahan. Kenapa tak bagi peluang? " "Hah, peluang? Berapa banyak peluang yang nak kena bagi? Kalau orang macam tu, bagi peluang seribu kali pun takkan berubah! " Bingung saya dibuatnya waktu itu. Alhamdulillah saya telah diberi petunjuk oleh Allah untuk memilih jalan yang benar (: Pada awalnya saya rasa sukar bagi saya meneruskan kehidupan saya tanpa si dia, tetapi lama kelamaan saya dapat lakukannya. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang ibu yang sangat memahami, kuat, tabah dan yang sama waktu dengannya (: Saya sayang mama <3 Selepas saya dapat tawaran belajar dan melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, hidup saya semakin tenang dengan tiadanya si dia. Dan hingga sekarang saya bahagia dengan kehidupan saya. Dengan hadirnya insan-insan baru dalam hidup saya cukup membahagiakan saya saat ini (: Perkenalan di tempat baru mencipta satu lembaran baru untuk saya. Di tempat baru tu jugak mencipta perkenalan saya dengan kakak-kakak saya ( Kak Mimi, Kak Ejan, Kak Zaty, Kak Mell, Kak Bit, Kak Diba, Kak Mira, Kak Anis, Kak Dayah ) Mereka best ! Dengan adanya mereka, membuatkan saya merasa kasih sayang seorang kakak. Selepas saya bebas daripada bayang-bayang si dia, saya rasa tenang yang teramat sangat. Walaupun dugaan lain pula yang datang, saya cuba hadapinya. Tetapi saya serik. Cukuplah... buat masa terdekat ni, NO MEN NO TRY, BE WOMAN WITH NO CRY ;) Apa yang perlu saya kejar sekarang ni ialah cita-cita ibu bapa saya dan bukannya cinta. Saya percaya bila sampai waktunya nanti, cinta akan datang dengan sendirinya. Sebab saya pernah dengar orang cakap cinta yang dicari akan mudah pergi. Dan, hal itu lah yang telah saya alami setahun yang lepas. Dan, saya tak nak dan berusaha agar tak akan ulangi kesilapan yang sama lagi. Saya ingin memenuhkan ilmu di dada sehingga saya berjaya. Saya pernah terjatuh... tapi kali ni saya sedang berusaha untuk bangkit semula daripada mimpi buruk saya ni ;) Sekarang masanya untuk mulakan 2012 dengan hidup yang serba baru ;) Hidup oh hidup...


FEEZA (:

2 comments:

Marcella said...

lepas ni,akak pulak menghantui hidup fiza..hahahahahaha..(gelak jahat campur gelak kuntilanak)

pis yo

| N U R H A F I Z A H | said...

akak jangan..
saya ni dah laa penakut..
haha..