copyright ^___^

Thursday, July 11, 2013

Marhaban Ya Ramadhan!

Marhaban Ya Ramadhan! Alhamdulillah. Aku masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Selama ni mungkin ramai yang alpa tentang kehadiran Ramadhan, bulan penuh barakah. Aku sendiri tidak memanfaatkan Ramadhan dengan sehabis baik. Alangkah ruginya aku. Dalam bulan yang barakah ni, aku ingin mengambil kesempatan sehabis baik untuk beramal ibadah, memperbaiki diri menjadi ummah yang lebih baik. Aku pasti, yang lain juga begitu. Setidak-tidaknya, ada titik perubahan dalam diri. Anjakan paradigma. Hari pertama puasa dah lepas, ada 29 hari lagi. Ramadhan kali ni datang bersama ketenangan buat aku. Seronok, teruja, sayu, gembira. Perasaan aku menghadapi Ramadhan. Kali ni, insha-Allah, aku akan berusaha untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini semaksima mungkin. Tarawih, tadarus, iftar, sahur dan bersedekah. Insha-Allah akan aku lakukan. Semoga Ramadhan kali ni menjadi Ramadhan yang sangat bermakna bagi seluruh umat Islam. Tak lupa juga buat saudara seIslam di Palestine, Syria, Gaza, Jordan dan serata dunia. Bertarung nyawa untuk mempertahankan Islam. Mampukah kita? Mampukah kita jadi seperti mereka? Tepuk dada, tanya iman.
Marhaban Ya Ramadhan:)
Jom check it out tazkirah Ramadhan yang pertama! Aku mengaku, tazkirah ni aku dapat daripada sumber lain. Copy paste. Tapi tak salahkan? Tak salahkan kalau nak sebarkan perkara atau perkongsian yang sangat baik? Aku tak dapat menulis sebaik mereka, jadi aku menyebarkan hasil penulisan mereka. Semoga kalian mendapat manfaat daripada hasil penulisan mereka. Baik, tajuk tazkirah kali ni:

AMALAN KESUKAAN NABI MUHAMMAD SAW DI BULAN RAMADHAN:)

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

-MEMBACA AL QURAN-

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

-MEMBERIKAN MAKANAN KEPADA ORANG BERPUASA-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

-QIAMULLAIL-

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

-SOLAT TARAWIH-

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

-MENGERJAKAN UMRAH-

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

-ZAKAT FITRAH-

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Rujukan :

http://www.islamituindah.my/amalan-kesukaan-nabi-muhammad-s-a-w-di-bulan-ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa! Jangan lupa niat!
Untuk Ramadhan kali ni, perbanyakkan ibadah:) Jaga mata, jaga hati, jaga iman. Insha-Allah:)

- B L O G   U P D A T E D -

No comments: