copyright ^___^

Friday, January 20, 2012

Bila dugaan datang melanda...

Lama rasanya jari jemari ni tak menari atas papan keyboard lappy yang berwarna putih ni ;) Bila masalah datang, rasa nak meluahkan... tapi tak mampu pulak. Jadi, bersabarlah wahai hati. Saya percaya bahawa dugaan itu datang beserta sebabnya. Sebab mengapa kita di duga. Sungguhpun begitu, hati ni masih tertanya tanya di mana silapnya hingga saya di uji sedemikian rupa. Bila difikir semula secara positif, saya beranggapan bahawa dugaan yang datang itu merupakan satu cabaran dalam perjalanan saya mencapai kejayaan. Sejak beberapa bulan terakhir dalam hidup saya ni, saya rasa banyak perkara yang dah berubah. Emosi, sikap, gaya hidup, perwatakan, orang orang di sekeliling saya, suasana persekitaran, bahkan diri saya sendiri dah banyak berubah. Mungkin kerana persekitaran saya kini dah jauh berbeza. Awalnya saya agak terkejut.. tapi saya paksa diri saya untuk menerima segalanya dengan hati terbuka. Saya didik hati saya menjadi kebal agar bila dugaan datang melanda hidup saya, saya tak mudah jatuh. Walaupun saya jatuh, saya agar segera bangkit semula. Kini saya tahu ke mana arah hidup saya. Tapi saya rasa tidak adil apabila diperlakukan sebegitu rupa oleh kawan sendiri. Saya juga manusia biasa yang punya hati, dan perasaan. Saya juga ketawa, menangis, marah dan saya bukan robot yang boleh dipermainkan sepanjang masa. Gurauan itu merupakan rencah kehidupan. Hidup tanpa gurauan umpama lauk tiada garam, tetapi... jika garam terlalu banyak ia akan mendatangkan penyakit. Saya sayang kawan kawan saya, tetapi mereka tidak. Saya umpama orang asing sedangkan saya merupakan sebahagian daripada mereka. Sayalah orang yang paling kekurangan. Tak cukup dengan kekurangan yang ada, mereka tambahkan lagi rasa kekurangan itu. Tapi tak apa.. selagi saya boleh bersabar, saya akan terus bersabar. Saya ada ALLAH S.W.T... dan ALLAH sentiasa bersama orang yang teranaiya...



FIZA

No comments: